MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan

Lima anggota Imigresen cedera ringan selepas MPV dinaiki terbabit nahas di Permas Jaya pada petang Selasa. - Foto tular
Lima anggota Imigresen cedera ringan selepas MPV dinaiki terbabit nahas di Permas Jaya pada petang Selasa. - Foto tular
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Permas Jaya, di sini pada Selasa.

Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan sekitar jam 1.15 petang itu membabitkan sebuah lori, MPV, kenderaan pacuan empat roda dan dua buah kereta.

Keadaan di lokasi nahas lima kenderaan termasuk kenderaan dinaiki anggota JIM di Permas Jaya pada petang Selasa.- Foto tular
Keadaan di lokasi nahas lima kenderaan termasuk kenderaan dinaiki anggota JIM di Permas Jaya pada petang Selasa.- Foto tular

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku disebabkan pemandu lori gagal mengawal kenderaan dipandunya.

"Kenderaan JIM terbabit dinaiki enam pegawai. Lima daripada mereka mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi tidak cedera.

"Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang dua kereta termasuk lori tidak mengalami kecederaan," katanya dalam ketika dihubungi pada malam Selasa.

Lima anggota Imigresen cedera ringan selepas MPV dinaiki terbabit nahas di Permas Jaya pada petang Selasa. - Foto tular
Lima anggota Imigresen cedera ringan selepas MPV dinaiki terbabit nahas di Permas Jaya pada petang Selasa. - Foto tular

Artikel Berkaitan:

Menurut Raub, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan.

Sebelum itu, gambar mangsa dibantu sukarelawan mendapatkan rawatan awal dan keadaan kenderaan terbabit nahas tular di media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!