Hutang wajib dibayar, usah rayu kepada saya - Asyraf Wajdi

Tangkap layar hantaran Asyraf Wajdi di Facebook pada Selasa.
Tangkap layar hantaran Asyraf Wajdi di Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak tindakan individu yang culas membayar hutang sedangkan akad atau kontrak dimeterai adalah pinjaman, bukannya sedekah.

Beliau berkata, segala hutang wajib dibayar kerana ia wang rakyat yang dijaga dengan penuh amanah di bawah seliaan Mara.

"Hutang wajib dibayar! Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang.

"Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah Mara dan bakal dipersoalkan ALLAH SWT kelak!

"Culas bayar sedangkan akad atau kontrak yang dimeterai adalah pinjaman bukan sedekah, apatah lagi jika sengaja tidak mahu bayar sedangkan berkemampuan dan bermewahan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Difahamkan, antara jenis pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan Mara atau Belia (Putra) dengan had maksimum RM10,000, Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) RM150,000 dan Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) sebanyak RM500,000.

Selain itu, terdapat Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN) dengan had berjumlah RM1 juta, Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM) RM2 juta dan pinjaman tertinggi adalah menerusi Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) iaitu RM2.5 juta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!