X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Air France KLM mohon maaf isu papan tanda tandas

KLM memohon maaf selepas seorang kakitangannya memuat naik papan tanda dalam bahasa Korea, memberitahu penumpang tidak dibenarkan menggunakan tandas kerana Covid-19.
A
A

SEOUL - Syarikat penerbangan Belanda di bawah Air France KLM memohon maaf selepas seorang kakitangannya memuat naik papan tanda dalam bahasa Korea, memberitahu penumpang tidak dibenarkan menggunakan tandas kerana koronavirus (Covid-19).

Papan tanda ditulis tangan mengatakan ‘tandas untuk anak kapal sahaja’ mencetuskan kemarahan netizen yang kini tular selepas seorang penumpang penerbangan 10 jam dari Amsterdam ke lapangan terbang Incheon di Seoul memuat naik gambar itu, Isnin lalu.

Penumpang itu melalui ciapannya menuduh KLM mendiskriminasi penumpang warga Korea Selatan kerana papan tanda itu hanya ditulis dalam bahasa Korea, lapor Reuters.

“KLM... Hari ini kamu secara jelas mendiskriminasi kaum. Menggunakan koronavirus sebagai alasan. Kamu perlu mohon maaf kepada rakan saya dan Korea,” tulisnya.

Penumpang tersebut yang berkongsi menggunakan bahasa Inggeris dan Korea mendapat ribuan retweet dan tanda suka di samping tanda pagar BoycottKLM juga menjadi popular di Twitter Korea.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Rantau Air France-KLM, Guillaume Glass memohon maaf secara terbuka pada sidang akhbar di Seoul yang menjelaskan mereka memandang serius dakwaan diskriminasi itu dan berjanji akan memastikan ia tidak berulang.

“Ini adalah satu kesilapan, dan kami tidak mengambil mudah perkara ini. Kami mohon maaf kerana ia dilihat sebagai diskriminasi, yang bukan niat asal anak kapal itu.

"Anak kapal itu memaklumkan, penggunaan bahasa Korea bukan disengajakan. Notis berbahasa Inggeris diberikan selepas aduan daripada penumpang. Tiada sebarang peraturan dan dasar KLM untuk mengkhaskan tandas untuk anak kapal," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!