Putra Business School rai 204 graduan

MBA Putra Business School diiktiraf terbaik di Malaysia.
MBA Putra Business School diiktiraf terbaik di Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Putra Business School (PBS) meraikan 204 graduan daripada pelbagai jenis program pengajian bagi tahun 2024.

Program tersebut adalah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains (MSc), Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dan Postgraduate Certificate in Business Administration.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS, Profesor Dr Azmawani Abd Rahman berkata, MBA PBS dinobatkan sebagai program MBA nombor satu di Malaysia dan berada di kedudukan ke-23 dalam kalangan rantau Asia oleh QS Global MBA Rankings 2025.

Menurutnya, pencapaian itu membuktikan graduan PBS versatil terutama dari segi kebolehpasaran, keusahawanan dan mempunyai ciri kepimpinan yang hebat.

"Antara faktor kejayaaannya adalah sistem pengajaran dan pembelajaran di PBS yang mendapat pengiktirafan dari badan akreditasi luar negara.

"Ia disokong oleh institusi-institusi profesional yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah para graduan telah dipupuk untuk memenuhi keperluan industri yang semakin mencabar,"katanya ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen 2024 PBS di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mereka dianugerahkan ijazah masing-masing oleh Canselor, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu, wakil graduan 2024, Suphasan Boonratana memberitahu, pengalaman di PBS bukan sahaja memperkayakan perjalanan akademik namun turut membentuk keperibadian seseorang.

Artikel Berkaitan:

"Kami kini lebih bersedia menghadapi cabaran dan berjaya dalam karier.

"Marilah kita berusaha untuk bawa impak positif dalam bidang masing-masing dan komuniti kita,"ujarnya

Majlis ini turut menyaksikan pelancaran logo baharu PBS oleh Tengku Amir Shah.

Logo baharu ini bukan sahaja melambangkan imej unik tetapi juga pertalian erat antara PBS dengan UPM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!