'Bukan kes culik' - Polis

Rakaman video tular di media sosial
Rakaman video tular di media sosial
A
A
A

KAJANG - Polis menafikan satu klip video tular didakwa ada kaitan dengan kes penculikan di Jalan Zamrud Utama, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya kesan video berdurasi satu minit 34 saat yang tular di media sosial TikTok yang memaparkan dakwaan penculikan itu.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, pihak polis menolak dakwaan di media sosial bahawa ia kes penculikan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Naazron berkata, hasil semakan mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan kejadian tersebut.

"Maklumat juga mendapati ada saksi yang melihat kejadian itu mendakwa mendengar salah seorang daripada pasangan tersebut mengatakan supaya orang ramai tidak mencampuri urusan suami isteri, sebelum beredar," katanya.

Beliau berkata, walaubagaimanapun, tindakan telah dijalankan untuk mengesan pemilik kenderaan dan pasangan tersebut.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu," katanya.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubunginya balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Inspektor Suresh di talian 0174333795 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga diingatkan tidak membuat sebarang komen yang tidak sahih sehingga mendatangkan kegusaran awam," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!