Cara China tangani koronavirus terbaik: Dr Mahathir

Dr Mahathir ketika Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.
Dr Mahathir ketika Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.
A
A
A

LANGKAWI - Negara China dilihat telah mengambil langkah wajar bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden negara itu, Xi Jinping dilihat sudah melakukan tindakan terbaik bagi membasmi wabak berkenaan.

Katanya, beliau sangat berterima kasih kepada presiden negara itu kerana memberi kerjasama yang baik dalam membantu membawa pulang rakyat Malaysia di sana.

"Terima kasih kita ucapkan, kerana jelas sekali Xi Jinping mengambil berat tentang perkara ini," katanya ketika sidang media selepas Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, negara kita sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan pemeriksaan terhadap mereka yang datang ke Malaysia.

"Terutama mereka yang datang dari China, saringan ketat akan dilakukan dan jika ada jangkaan mereka membawa virus Covid-19 kita akan kuarantinkan mereka selama 14 hari.

"Rakyat kita yang ada di Wuhan yag telah dibawa balik juga dikuarantinkan selama 14 hari dan dengan cara ini kita telah berjaya membuat kawalan penularan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia bersedia hadapi sebarang kemungkinan

Artikel Berkaitan:

Malaysia dan China akan menjalinkan kerjasama lebih rapat serta mempertingkatkan usaha dalam menangani jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, hasrat itu dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi perbualan telefon bersama Presiden China, Xi Jinping semalam.

Dalam perbualan lebih setengah jam itu, kedua-kedua pemimpin tersebut menyatakan komitmen masing-masing untuk satu pakatan bersama yang dilaksanakan ASEAN dan China untuk memastikan situasi terus terkawal.

Dr Mahathir ketika Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.
Dr Mahathir ketika Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sentiasa menyokong China dan yakin dengan usaha yang dilakukan negara berkenaan dalam menangani Covid-19.

“China menghargai pendirian Malaysia berhubung isu berkenaan dan memberi jaminan mereka mempunyai kekuatan untuk mengawal wabak berkenaan.

“Mereka juga berjanji akan melindungi semua rakyat Malaysia dan negara lain yang berada di sana,” kata kenyataan itu.

Sehingga kini, Covid-19 meragut hampir 1,500 nyawa dengan 1,483 kes berlaku di China.