X

Kindly register in order to view this article
!

Pas sokong Tun M demi maslahat rakyat

Kamaruzaman
A
A

SHAH ALAM – Pas secara terbuka menyatakan pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, pendirian itu disuarakan menerusi satu syor untuk mengemukakan usul percaya di Parlimen pada Mac ini.

Katanya, pendirian Pas berhubung sokongan kepada Mahathir mempunyai asas tertentu termasuk keutamaan untuk menjaga kemaslahatan negara dan rakyat.

“Oleh yang demikian, atas dasar tanggungjawab, Pas tampil menyokong beliau kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15.

“Rakyat melihat berlaku krisis kesepakatan dalam kalangan parti-parti Pakatan Harapan (PH) yang mencerminkan ketidakstabilan dalam pemerintahan.

“Parti-parti tersebut tidak menunjukkan komitmen dalam membantu menguruskan negara sebagai sebuah kerajaan, sebaliknya bersaing antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamaruzaman lagi, lebih membimbangkan apabila wujudnya pihak tertentu dalam kerajaan yang memberi tekanan untuk menyegerakan peralihan kuasa tersebut.

“Justeru, Pas mengambil langkah terkehadapan dalam menyatakan sokongan kepada Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU akan datang.

“Kita berpendirian sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, peletakan dan pemilihan Perdana Menteri haruslah mendapat sokongan semua ahli Parlimen terutama daripada pihak kerajaan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus