X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek tetak buruh di ladang sawit positif dadah

Laporan Sinar Harian mengenai kejadian tersebut.
A
A

DUNGUN - Polis mengesahkan suspek warga Indonesia berusia 29 tahun yang dipercayai menetak seorang buruh ladang sehingga maut di rumah kongsi kawasan ladang kelapa sawit Kampung Beril, Paka di sini kelmarin positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes tersebut.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, suspek direman tujuh hari untuk siasatan.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan seorang buruh ladang sawit parah di leher kirinya selepas dipercayai ditetak dengan parang oleh suspek sebelum disahkan meninggal dunia selepas hampir setengah jam menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, selain mangsa, Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, dari Kampung Bukit Nangka Santong, Paka di sini, isterinya, Rosnah Muhamed, 34, turut cedera di bahagian tangan apabila cuba mengelak daripada ditetak suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Buruh ladang sawit mati ditetak rakan sekerja