X

Kindly register in order to view this article
!

Perak bebas Covid-19

Sivanesan
A
A

IPOH - Perak bebas koronavirus (Covid-19) walaupun salah seorang pesakit virus tersebut berasal daripada Pusing, Batu Gajah di sini.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, kes yang berlaku di Pusing tidak serius dan semua pihak perlu merujuk kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, pihak lain tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Covid-19 kecuali Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad; Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi mengelak percanggahan berkaitan isu itu.

"Saya dihujani panggilan daripada orang ramai khususnya penduduk di Pusing namun setakat ini Perak bebas kes Covid-19. Kita akan terus memantau keadaan di sini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar berkaitan kes itu di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Terdahulu pada 11 Februari lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan empat kontak rapat kepada kes jangkitan koronavirus di Singapura yang berada di Pusing di sini bebas daripada wabak berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, keempat-empat kontak berjaya dikesan dan tiada seorang pun yang mengalami gejala jangkitan salur pernafasan.

Mengenai mesin pengimbas suhu, Sivanesan memberitahu, kerajaan negeri perlu menunggu sehingga empat hingga enam bulan untuk mendapatkan dua unit peralatan yang ditempah.

Katanya, Perak menjadi negeri pertama mengeluarkan peruntukan sendiri membeli peralatan tersebut.

Beliau berkata, mesin tersebutdiletakkan di dua lokasi utama pintu masuk ke negeri ini bagi memastikan saringan dapat dilakukan ke atas pelancong.

ARTIKEL BERKAITAN:

Empat kontak rapat warga Singapura di Perak bebas koronavirus


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!