Kes disiplin: Zuraida hanya dapat hadir 25 Februari

Zuraida
Zuraida
A
A
A

PUTRAJAYA- Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang kini bercuti daripada jawatan itu hanya dapat menghadirkan diri dalam sesi pendengaran bersama lembaga disiplin parti pada 25 Februari ini.

Setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad dalam kenyataannya awal pagi ini memaklumkan Zuraida telah menghubungi pegawai lembaga disiplin parti bagi tarikh itu.

"Dalam perbincangan tersebut, pegawai itu bersetuju dengan tarikh berkenaan" katanya.

Menurutnya, tarikh itu dicadangkan memandangkan Zuraida telah pun memberi komitmen awal dalam program-program besar Kerajaan Persekutuan atas kapasitinya selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Memandangkan bahawa Zuraida telah pun memberi komitmen awal dalam program-program besar kerajaan persekutuan atas kapasitinya selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sentiasa padat," katanya.

Beliau berkata, untuk membatalkan atau menunda kehadirannya dalam program rasmi kerajaan yang telah diatur awal, ia akan mengakibatkan implikasi besar dari sudut koordinasi antara agensi dan juga impak kewangan kepada kementerian.

"Justeru saya dengan penuh hormat berharap agar tarikh tersebut dipersetujui untuk proses ini berjalan," katanya.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Ahmad Kasim menolak surat daripada Zuraida yang memohon untuk menangguhkan pendengaran terhadapnya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, katanya lembaga disiplin bersetuju memberi tempoh hingga 20 Februari untuk Zuraida menghadiri pendengaran disiplin Ini selepas mengambil kira tugasnya selaku menteri.