Mbappe mampu jadikan Liverpool lebih 'menakutkan'

Bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy mencadangkan agar The Reds dapat menggantikan Roberto Firmino dengan Kylian Mbappe bagi memantapkan jentera serangan pasukan itu.
Bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy mencadangkan agar The Reds dapat menggantikan Roberto Firmino dengan Kylian Mbappe bagi memantapkan jentera serangan pasukan itu.
A
A
A

BEKAS pemain tengah Liverpool, Danny Murphy mencadangkan The Reds menggantikan Roberto Firmino dengan Kylian Mbappe bagi menjadikan Liverpool lebih 'menakutkan' berbanding sekarang.

Firmino, 28, antara tonggak utama yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Liverpool musim ini namun pemain kebangsaan Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich pada musim panas ini.

Murphy percaya Mbappe mampu memantapkan dan memperkukuhkan barisan hadapan The Reds yang mampu menjadikan pasukan itu jauh lebih hebat daripada apa yang telah dilakukan Firmino.

"Firmino adalah pelengkap yang indah untuk corak permainan Liverpool. Jika anda kata tiada siapa seperti Firmino. Dia agak luar biasa dan unik, dia pemain hebat seperti ketika Kevin Keegan pergi dan Kenny Dalglish masuk.

Firmino kini dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich pada musim panas ini.
Firmino kini dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich pada musim panas ini.

"Bolehkah anda dapatkan penyerang lain yang boleh menjaringkan banyak gol seperti Firmino? Ya, adakah dia boleh diganti? Ya, sesiapa saja. Ia akan mengubah dinamik.

"Jika Liverpool kehilangan Firmino, pergi dapatkan Mbappe untuk jadikan The Reds lebih menggerunkan daripada ini," katanya.

Terdahulu, Bayern Munich dilaporkan cuba menawarkan bidaan besar untuk cuba memujuk Roberto Firmino meninggalkan Liverpool.

Artikel Berkaitan:

Dilaporkan Bayern bersedia menguji Liverpool dengan menawarkan £75 juta (RM400 juta).

Firmino menandatangani perjanjian baharu di Merseyside pada April 2018 membolehkan dia bersama kelab itu hingga 2022.