Dua surat meletup di Amsterdam, Kerkrade

Bom surat meletup di pejabat pos di Amsterdam. - Getty Image
Bom surat meletup di pejabat pos di Amsterdam. - Getty Image
A
A
A

ANKARA - Dua kejadian letupan bom menggegarkan bandar raya berasingan di Belanda pada awal hari ini, menurut polis tempatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan sebutir bom yang diletakkan dalam bungkusan meletup di sebuah pejabat pos di daerah barat laut Amsterdam kira-kira 8 pagi waktu tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan, tulis polis Amsterdam di Twitter.

Letupan kedua berlaku di Kerkrade, wilayah selatan Limburg.

"Bom surat itu meletup di sebuah syarikat penghantaran di Wiebachstraat di Kerkrade kira-kira 8.30 pagi (0730 GMT). Tiada kecederaan dilaporkan," kata polis Limburg di Twitter.

Salah seorang anggota pelupusan bom tiba di lokasi. - Foto Twitter
Salah seorang anggota pelupusan bom tiba di lokasi. - Foto Twitter

Bangunan itu dikosongkan dan polis masih menjalankan siasatan.

"Tidak pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan insiden di Amsterdam," kata polis Limburg. - Bernama

Artikel Berkaitan: