Remaja dikhuatiri lemas di Pulau Giam

Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mengesan kedudukan mangsa.
Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mengesan kedudukan mangsa.
A
A
A

LUMUT - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan air pasang di Pulau Giam, Pantai Teluk Nipah, di sini petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa dikenali Mohd Nazrul Helmi Nazri, 17, dikatakan sedang melakukan aktiviti air dengan menyeberangi laluan pantai yang sedang surut bersama dua rakannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, semasa dalam perjalanan pulang ke Teluk Nipah berlaku air pasang menyebabkan ketiga-tiga mereka hanyut.

"Dua daripada mangsa sempat diselamatkan bot pelancong yang kebetulan berada di lokasi itu, sementara seorang lagi telah dihanyutkan," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mengesan kedudukan mangsa.

Fenomena air surut penuh di pantai itu berlaku setiap tahun iaitu pada setiap Februari membolehkan orang ramai menyeberang dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam dengan hanya berjalan kaki.

Artikel Berkaitan: