Kerajaan perlu teroka pasaran baharu minyak sawit

Kerajaan perlu meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam kepelbagaian produk yang berasaskan makanan dan bukan makanan. (Gambar kecil:Che Alias Hamid)
Kerajaan perlu meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam kepelbagaian produk yang berasaskan makanan dan bukan makanan. (Gambar kecil:Che Alias Hamid)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan sewajarnya merangka dan mewujudkan satu perancangan strategik untuk lima tahun akan datang bagi mengatasi ketidakstabilan industri minyak sawit.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, walaupun Pakistan bersetuju untuk meningkatkan import minyak sawit bagi mengimbangi langkah pembeli utama India yang mengehadkan import dari Malaysia, perkara tersebut belum menjamin industri minyak sawit negara masih berada di kedudukan yang kukuh.

"Selain mengekalkan dan meningkatkan nilai eksport ke Pakistan, China dan Turki, kerajaan juga perlu meneroka pasaran baharu ke negara-negara yang berpotensi seperti Arab Saudi, Afrika dan lain-lain negara.

"Ini termasuklah meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam kepelbagaian produk yang berasaskan makanan dan bukan makanan," katanya.

Merujuk laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pakistan membeli minyak sawit Malaysia sebanyak 1.08 ribu tan metrik pada tahun 2019 berbanding India yang mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 4.41 juta tan metrik.

Bulan lalu, Pakistan telah meningkatkan import sebanyak 141,500 tan metrik berbanding bulan sebelumnya.

"Saya melihat sedikit sebanyak ia dapat menstabilkan kekurangan tekanan terhadap industri minyak sawit negara ketika ini," katanya.

India sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan untuk menyekat import beberapa produk dari Malaysia termasuk minyak sawit selepas Malaysia mengkritik India kerana tindakannya di Kashmir.

ARTIKEL BERKAITAN Pakistan sedia import lebih banyak minyak sawit dari Malaysia

Artikel Berkaitan: