Pelajar tahfiz hilang dari sekolah

KAJANG - Pelajar sebuah maahad tahfiz di Hulu Langat di sini dilaporkan hilang sejak kali terakhir dilihat di kawasan sekolah berkenaan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan berkaitan kehilangan Kasyfi Isyraq Kharudin berumur 16 tahun itu dibuat kira-kira jam 6.15 petang.
"Lokasi terakhir remaja itu dilihat di kawasan sekolah tahfiz berkenaan, kira-kira jam 3 petang sebelum kehilangannya disedari warden.
"Warden berkenaan kemudiannya menghubungi ahli keluarga pelajar berkenaan, dia juga difahamkan tiada perselisihan faham dengan sesiapa," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat badan 49 kilogram dan berambut pendek.
"Dia berpakaian baju jersi berwarna merah jambu dan berseluar 'track' warna biru gelap atau hitam.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Anggota Maritim maut dalam operasi selamat dikebumi dengan istiadat khas
27 Oktober 2026 11:57pmTiga lelaki ditahan selepas pecut lawan arus di Linkedua
27 Oktober 2026 11:33pmDua lelaki ditahan bantu siasatan rampasan dadah di premis kurier
27 Oktober 2026 07:47pmPemaju perlu bertanggungjawab insiden tanah runtuh, laporan lengkap MBPP siap dua hari
27 Oktober 2026 07:11pmPeneroka Felda maut ditetak dengan kapak
27 Oktober 2026 10:35amDr Siti Hawa mengadu letih sebelum meninggal dunia - Ibu
27 Oktober 2026 01:10pmPesakit SMA pertama Malaysia tamat PhD di universiti, Dr Siti Hawa meninggal dunia
27 Oktober 2026 11:31am- Iklan -- Iklan -

