Tak sempat nak makan

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Hasrat dua sahabat yang mahu makan bersama tidak kesampaian apabila seorang maut dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Klang-Teluk Intan, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, mangsa, Naqib Adli Mokhlas,19, dikatakan membonceng motosikal yang ditunggang Mohamad Akmal Izzan Rahimi, 18 menuju ke Pekan Lama Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab memberitahu, motosikal yang dinaiki mangsa dikatakan terlanggar belakang sebuah kereta selepas keluar dari simpang tiga terbabit.

"Mangsa dipercayai terlanggar bahagian kiri pintu belakang kanan kereta dan menyebabkan pembonceng tercampak dan jatuh ke atas jalan.

"Pada masa sama, sebuah lori yang melalui jalan sama tidak sempat mengelak dan menggilis mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan teruk.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami cedera ringan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Md Asri berkata, pihaknya masih mengesan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini disiasat Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Inspektor Norasyikin Roslan dan kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa ke untuk pemeriksaan Puspakom.

"Pihak polis masih mengesan saksi bebas atau orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan terbabit bagi membantu siasatan kes ini," katanya.

Jelasnya, orang ramai yang melihat kes kemalangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus ke IPD Kuala Selangor," katanya.