Jawatankuasa Kerja Bersama Malaysia-Singapura ditubuhkan

PUTRAJAYA, 11 Feb -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sidang media mengenai situasi terkini jangkitan Novel Koronavirus di Kementerian Kesihatan hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
PUTRAJAYA, 11 Feb -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sidang media mengenai situasi terkini jangkitan Novel Koronavirus di Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Kerja Bersama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kesihatan Singapura ditubuhkan bagi menangani wabak koronavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, objektif penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk memperkukuhkan pelbagai usaha merentasi sempadan kedua-dua negara.

"Para pegawai kanan dari Malaysia dan Singapura akan bekerjasama dan meneruskan perbincangan dalam masa terdekat bagi mengenalpasti terma rujukan bagi jawatankuasa ini," katanya.

Menurutnya, kerjasama dua hala itu merangkumi perkongsian maklumat dalam bidang kesihatan awam, perubatan dan penyelidikan.

"Saringan dan pengurusan kes rentas sempadan dan penyeragaman indikasi bagi penggunaan ubat anitiviral kepada pesakit yang disahkan positif koronavirus turut akan dibincangkan," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini semalam berhubung perkembangan terkini wabak koronavirus.

Ditanya adakah kedua-dua negara mengalami kekurangan bekalan ubat antiviral yang digunakan untuk merawat pesakit koronavirus, beliau berkata, tiada masalah.

"Tiada masalah. Semuanya terkawal," katanya.

Terdahulu Dr Dzulkefly meluangkan masa lebih sejam mengadakan sidang video bersama rakan sejawatnya, Gan Kim Yong.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, beberapa pegawai kanan kedua-dua kementerian turut serta termasuk Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye.