HKT cari waris Selamat Parto

Selamat Parto
Selamat Parto
A
A
A

KOTA TINGGI - Hospital Kota Tinggi (HKT) mencari waris mayat seorang lelaki berstatus penduduk tetap yang meninggal dunia hujung bulan lalu di hospital berkenaan.

Jurucakap HKT berkata, lelaki dikenali sebagai Selamat Parto, 57, meninggal dunia di wad HKT pada 26 Januari lalu, jam 7.40 pagi.

Menurutnya, alamat terakhir lelaki berkenaan di Jalan Kampung Paya Off Kampung Tengah, Kluang.

"Sebab kematian lelaki tersebut akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Lelaki berkenaan merupakan kes yang dipindahkan. Pada awalnya dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) kemudian dipindahkan ke HKT sebelum meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Waris mangsa boleh menghubungi Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP) Suwardi Ab Rajab di talian 07-8831131 sambungan 226 untuk maklumat dan urusan menuntut mayat.

Artikel Berkaitan: