Bekalan sayur dari China cukup: FAMA

Zainal Abidin (dua dari kiri) bersama Asmuni (kiri) menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan program Jom Kongsi Rezeki pada Program MyBest Buy FAMA @ LTdL 2020 di Bandar Meru Raya hari ini.
Zainal Abidin (dua dari kiri) bersama Asmuni (kiri) menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan program Jom Kongsi Rezeki pada Program MyBest Buy FAMA @ LTdL 2020 di Bandar Meru Raya hari ini.
A
A
A

IPOH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bahawa bekalan makanan terutama terutama sayur yang diimport dari China tidak terjejas berikutan penularan koronavirus.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata, FAMA mempunyai beberapa pilihan dari negara lain.

"Sebagai contoh kobis memang banyak kita import dari China tetapi tiada pengurangan ketara. Kita ada sumber lain seperti dari Indonesia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program MyBest Buy FAMA @ LTdL 2020 Peringkat Perak di Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Asmuni Awi.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, Program MyBest Buy FAMA @ LTdL 2020 mendapat sambutan dan nilai jualan mencecah RM450,000 iaitu menghampiri sasaran RM1 juta membabitkan lima lokasi.

Menurutnya, di sebalik kebimbangan orang ramai mengenai penularan koronavirus, program tersebut tetap mendapat sambutan.

"Kita sebenarnya tidak perlu bimbang. Di KLCC semalam, ramai pelancong yang datang begitu juga di Terengganu. Kita tidak boleh gembar-gemburkan berita tidak sahih mengenai koronavirus.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini Terengganu mencatat jualan tertinggi selama dua hari iaitu RM103,000 tetapi di Perak mungkin lebih banyak kerana jualan semalam sahaja berjumlah RM60,000," katanya.

Pada program sama, seramai 70 golongan kurang berkemampuan turut diraikan melalui program Jom Kongsi Rezeki yang diadakan bersama Yayasan Prihatin.