Pas tegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menegur tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dilaporkan menolak usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawa ke Dewan Rakyat bulan depan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dalam Perkara 18(2), Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak sama ada mahu menerima atau menolak mana-mana usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen.

Menurutnya, dalam Perkara 7(1) memperuntukkan bahawa tugas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat hanyalah untuk mempengerusikan Dewan jika Yang Dipertua tidak hadir.

“Alasan yang digunakan oleh Mohd Rashid, mengikut akhbar Berita Harian ialah ‘usul yang ingin dibawa Pas itu tidak menyentuh kepentingan umum dan tidak perlu disegerakan’.

“Langsung tidak disebut dalam Perkara 18(2) mengenai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi yang disebut hanyalah mengenai Yang Dipertua Dewan Rakyat, menunjukkan ini adalah kuasa mutlak Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada komen selagi tak terima usul, kata Speaker Dewan Rakyat

Pas tetap sokong kepimpinan Dr Mahathir

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mempersoalkan bagaimana Mohd Rashid boleh menolak usul berkenaan sedangkan surat belum pun diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,

Artikel Berkaitan:

“Inilah bahananya bila Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dipilih daripada Ahli-Ahli Parlimen kerana sebagai Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili parti tertentu, mereka pastilah memiliki kepentingan tertentu dan bersifat partisan dalam isu-isu tertentu.

“Keputusan hanya boleh dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah pemberitahu bersurat dikemukakan bersekali dengan penjelasan bertulis.

“Dalam membuat keputusan ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat sewajarnya mengambil kira duluan dalam usul-usul sama yang pernah dibuat pada 1976, 1997 dan 2003,” katanya.