Undi tak percaya terhadap Idrus, itu hak Majlis Peguam - Azalina

Azalina - Foto Bernama
Azalina - Foto Bernama
A
A
A

KOTA TINGGI – Tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun, Khamis lalu dilihat sebagai tindakan yang perlu diterima dengan hati terbuka.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pihaknya percaya tindakan itu dibuat berdasarkan kepada hak yang dimiliki persatuan berkenaan (Majlis Peguam).

“Malaysia adalah negara bebas, pada saya tak ada apa-apa. Masing-masing hak persatuanlah... kalau mereka percaya itu, mereka percaya itulah, nak buat macam mana.

“Bagi saya, Kerajaan Perpaduan Madani ni, kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita mesti terbuka menerima kritikan daripada rakyat atau badan-badan profesional.

“Malah bagi saya, Kerajaan Perpaduan Madani mesti menjadi kerajaan yang bertanggungjawab yang menekankan kepada aspek transparency (ketelusan) dan akauntabiliti,” katanya kepada pemberita sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan Kejora, Bandar Penawar di sini pada Jumaat.

Azalina menyampaikan cenderahati kepada veteran UMNO pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi pada Jumaat.
Azalina menyampaikan cenderahati kepada veteran UMNO pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi pada Jumaat.

Azalina berkata demikian bagi mengulas tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM), Khamis lalu.

Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-undang), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, tindakan badan guaman itu agak serius dan keras kerana telah mencalarkan kewibawaan seorang Peguam Negara.