Lelaki karaoke di balkoni hiburkan jiran tetangga

Seorang lelaki di China menyanyi di balkoni untuk menghiburkan penghuni di pangsapuri. - Foto CGTN
Seorang lelaki di China menyanyi di balkoni untuk menghiburkan penghuni di pangsapuri. - Foto CGTN
A
A
A

WENZHOU - Berikutan rakyat dikuarantin oleh pihak berkuasa ekoran wabak koronavirus, seorang lelaki menghiburkan jiran tetangga dengan membuat 'konsert' di kediamannya.

Dalam rakaman yang disiarkan oleh saluran berita China CGTN, dia dilihat berada di balkoni pangsapurinya untuk menyanyi.

Apabila menjelang malam, dia menyanyi bersama penghuni lain dan mereka turut menyalakan lampu suluh di telefon untuk memberi sokongan kepada lelaki tersebut menjadikan ia seakan-akan pesta pada waktu malam.

Rakaman itu telah dikongsi di laman sosial termasuk YouTube dan ramai memuji tindakan lelaki itu menceriakan suasana persekitaran tatkala rakyat berduka berikutan wabak koronavirus.

"Itu adalah semangat yang perlu ditonjolkan oleh rakyat China," kata YenHu.

Seorang lagi netizen bernama HuaChin berkata, "Awak lelaki muda yang baik."

Bagaimanapun, penularan video itu tidak disenangi oleh pegawai dari pejabat daerah dan meminta lelaki tersebut menghentikan persembahan tersebut.

Mereka mendakwa insiden tersebut boleh membantu penularan wabak koronavirus dengan meningkatkan risiko jangkitan titisan.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, penyakit tersebut telah tersebar dan jumlah kematian menjangkau lebih 1,011 angka dan lebih daripada 42,000 kes positif dilaporkan.