Kes pelajar dibelasah senior masih dalam siasatan polis

Izmi Ismail
Izmi Ismail
A
A
A

PADANG BESAR - Kes tiga pelajar junior yang dibelasah sehingga lebam di sebuah sekolah berasrama penuh di Perlis pada Rabu lalu bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengarah JPN Perlis, Izmi Ismail berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan sebarang perkembangan mengenai kes itu hendaklah dirujuk kepada pihak yang berkaitan.

"Namun begitu pihak JPN bersedia memberi kerjasama dalam kes berkenaan, sekiranya diperlukan," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara, Padang Besar, hari ini.

Hadir merasmikan majlis berkenaan adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Jamil Mohamed.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Jamil Mohamed (lima dari kiri) bergambar bersama pelajar dan waris.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Jamil Mohamed (lima dari kiri) bergambar bersama pelajar dan waris.

Artikel Berkaitan:

Semalam, media melaporkan, tiga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Perlis, lebam akibat dibelasah sekumpulan lima pelajar tingkatan lima sekolah sama.

Insiden yang berlaku dalam kawasan sekolah terbabit pada Rabu lalu, dipercayai berpunca akibat pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan pelajar junior yang kononnya tidak menghormati mereka.

Bagaimanapun, dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis manakala tiga lagi suspek, kini sedang bercuti selepas mendapat kebenaran pihak sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN Tiga pelajar lebam dibelasah senior