Majlis Presiden PH kena muktamad tarikh peralihan kuasa

Charles Santiago
Charles Santiago
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menolak saranan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengisytiharkan jumlah sokongan diterima mereka di Dewan Rakyat bagi menyelesaikan polemik peralihan kuasa Perdana Menteri.

Sebaliknya, pemimpin DAP itu terus menggesa Majlis Presiden PH supaya memuktamadkan segera tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri di antara Dr Mahathir dan Anwar.

Menurutnya, isu peralihan kuasa Perdana Menteri adalah perkara yang sangat penting untuk diselesaikan segera demi mengelakkan ekonomi Malaysia terus terjejas.

"Pelabur termasuk pelabur dalam negara enggan melabur kerana isu peralihan kuasa PM (Perdana Menteri) masih gagal dimuktamadkan dengan rancangan peralihan itu masih tidak jelas.

"Saya menggesa Majlis Presiden PH segera memuktamadkan tarikh peralihan kuasa PM dan menjelaskannya kepada rakyat bagi memastikan keyakinan pelabur kepada Malaysia kembali pulih," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Santiago berkata, sekiranya Pas menyokong kepimpinan Dr Mahathir, parti itu juga perlu menyokong cadangan pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) oleh Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan: