Quartararo laung amaran awal

Aksi bertenaga Quartararo di Litar SIC di Sepang hari ini. - Foto: PETRONAS SRT
Aksi bertenaga Quartararo di Litar SIC di Sepang hari ini. - Foto: PETRONAS SRT
A
A
A

PELUMBA kelahiran Perancis, Fabio Quartararo memberi amaran lebih awal kepada pesaing MotoGP dunia musim ini apabila menguasai sepenuhnya sesi ujian pra musim selama tiga hari yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.

Menguji jentera baharu, Yamaha YZR-M1 versi 2020, pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu membuktikannya dirinya perlu diberi perhatian pada penampilan musim keduanya dalam kelas perdana itu apabila muncul sebagai pelumba terpantas sepanjang sesi ujian tersebut.

Pelumba berusia 22 tahun itu melengkapkan siri hari terakhir dengan melakukan latihan memulakan perlumbaan dalam keadaan cuaca panas terik dan keluar daripada trek dengan catatan masa terpantas satu minit 58.349 saat (s).

“Kami melakukan jarak jauh sebanyak 12 pusingan dalam keadaan amat panas apabila suhu litar mencecah 55 darjah celcius dan tiada pelumba lain pada masa itu kerana trek dalam keadaan paling buruk masa itu.

“Kami sedang berusaha dengan amat baik untuk memperbaiki tahap kelajuan dan semoga di Qatar nanti, kita melangkah ke hadapan.

“Matlamat saya kini berubah sedikit, kami mahu rentak jarak jauh lebih baik kerana selepas sepusingan, kelajuan meningkat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh pasukannya.

Quartararo menguasai sepenuhnya sesi ujian selama tiga hari yang berakhir di Litar SIC di Sepang hari ini. - Foto: PETRONAS SRT
Quartararo menguasai sepenuhnya sesi ujian selama tiga hari yang berakhir di Litar SIC di Sepang hari ini. - Foto: PETRONAS SRT

Artikel Berkaitan:

Catatan masa terbaik Quartararo dicabar oleh pelumba pasukan LCR Honda castrol, Cal Crutchlow dengan catatan masa kedua terpantas, 1:58.431s diikuti Alex Rins dari pasukan Suzuki Ecstar dengan 1:58.450s.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli melakukan 58 pusingan dan merekodkan masa ke-13 terpantas dengan catatan 1:58.838s.

Ujian rasmi pramusim akan berlangsung di Qatar dari 22 hingga 24 Feb ini sebelum musim MotoGP Dunia membuka tirai di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, 8 Mac ini. - Bernama

Aksi Morbidelli juga tidak mengecewakan di Litar SIC di Sepang.- Foto: PETRONAS SRT
Aksi Morbidelli juga tidak mengecewakan di Litar SIC di Sepang.- Foto: PETRONAS SRT