Netizen harap To’ki masuk GV

ALUNAN suara penyanyi, To’ki menyanyikan lagu bertajuk Biasan secara akustik membuatkan netizen mahukan artis tersebut kembali dalam industri muzik.
Nyanyian To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur, 55, itu telah dikongsikan oleh pelakon terkenal, Zarina Zainuddin melalui laman Instagramnya dan sehingga kini ditonton hampir 87,000 tontonan.
Rata-ratanya turut mencadangkan agar To’ki diberi peluang beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV) agar penyanyi tersebut dapat menunjukkan bakatnya kembali dalam pertandingan tersebut.
“Tok’ki ini bawa masuk GV lah ataupun AJL (Anugerah Juara Lagu). Final ini suruh dia nyanyi. Ini terbiar sahaja macam itu, sayang suara mantap lagi tu,” tulis daniallaziman di Instagram.
Anuar Rahimi memberitahu, “Setuju sangat kalau Tok’ki dipanggil dalam GV. Lagipun, lama tak dengar suara dia secara siaran langsung di televisyen. Suara dia pun sedap lagi. Harap tahun depan dia masuk GV."

Pengguna alam maya juga turut mendoakan kesihatan penyanyi tersebut supaya diberi kesihatan yang baik bagi meneruskan kehidupan sehariannya.
“Moga To’ki sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH. Rindu suara To'ki dan lagu dia sedap-sedap. Harap permata ini digilap semula,” tulis Anasuha Rahmat.
Azhad Zahiruddin pula berkata, “Lamanya tak tengok To’ki. Tengok keadaannya macam tak berapa sihat dan mesti dia hidup dalam keadaan serba kekurangan. Semoga To’ki diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pm8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pm- Iklan -- Iklan -
