The Toffees intai slot Liga Europa

Bernard meraikan jaringan pertama Everton ketika menentang Crystal Palace di Goodison Park.
Bernard meraikan jaringan pertama Everton ketika menentang Crystal Palace di Goodison Park.
A
A
A

Pengendali Everton, Carlo Ancelotti menegaskan The Toffees masih jauh untuk mencabar kelompok terbaik mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, walaupun mencatatkan beberapa keputusan positif dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebaliknya menurut bekas pengendali Napoli itu, dia kini mahu pemain-pemain Everton memberikan tumpuan dalam merealisasikan misi membawa The Toffees bersaing dalam saingan Liga Europa musim depan.

Katanya, beberapa keputusan positif dilakar Everton membuktikan kelab itu berada di landasan terbaik untuk kembali digeruni dan dihormati lawan selepas bergelut menyisihkan diri dari zon penyingkiran.

"Sudah tentu menjadi idaman kami untuk beraksi di pentas Eropah pada musim depan kerana itu sasaran kami. Tapi kami harus realistik dengan permulaan kami pada musim ini.

"Pesaing terdekat kami Chelsea kini berada terlalu jauh di depan, hanya dengan dua atau tiga kemenangan memungkinkan kami memintas mereka.

"Tapi kami realistik berdasarkan situasi semasa kelab bahawa kami lebih layak mensasarkan pentas Liga Europa berbanding pentas Liga Juara-Juara pada musim depan," katanya.

Pada aksi di Stadium Goodison Park itu, Everton menewaskan Crystal Palace 3-1 sekali gus mencatatkan kemenangan ketiga dari lima perlawanan hasil jaringan Bernard minit ke-18 untuk mendahului babak pertama.

Bersambung babak kedua, The Eagels kembali agresif menyamakan kedudukan hasil jaringan Christian Benteke pada minit ke-51 sebelum Richarlison kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit 58 diikuti ledakan Dominic Calvert-Lewin minit ke-88 memastikan kemenangan mutlak The Toffees.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu membolehkan The Toffees memintas Manchester United untuk berada pada kedudukan ketujuh liga dengan mengumpul 36 mata setelah mengharungi 26 perlawanan liga.

Kehadiran Ancelotti pada Disember tahun lalu menjadi faktor terbesar kebangkitan Everton pada pusingan kedua yang ketika itu bergelut pada kedudukan ke-15 liga.