Maqis rampas pokok hiasan bernilai RM88,000

Anggota Maqis bersama rampasan pokok hiasan yang dibawa dalam kontena dari China. Foto: Ihsan Maqis Selangor
Anggota Maqis bersama rampasan pokok hiasan yang dibawa dalam kontena dari China. Foto: Ihsan Maqis Selangor
A
A
A

PORT KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya melumpuhkan cubaan menyeludup pokok hiasan pelbagai spesis dianggarkan bernilai hampir RM88,000 menerusi pemeriksaan rutin yang dijalankan di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada 23 Januari lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, pokok hiasan yang diimport menerusi kontena dari China itu dirampas kerana tidak mematuhi syarat import permit yang ditetapkan.

Menurutnya, anggaran berat pokok hiasan tersebut adalah sekitar 9,596 kilogram dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Antara pokok hiasan yang dirampas dalam pemeriksaan tersebut. Foto: Ihsan Maqis Selangor
Antara pokok hiasan yang dirampas dalam pemeriksaan tersebut. Foto: Ihsan Maqis Selangor

"Jika sabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Tarmisal berkata, Maqis sentiasa teliti dalam menjalankan pemeriksaan terhadap sebarang keluaran pertanian yang diimport ke negara ini.

"Langkah ini supaya setiap keluaran pertanian tersebut tidak mempunyai perosak, penyakit, bahan cemar dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: