[VIDEO] 'Puas hati dengar abang itu nasihatkan rider'

Paparan Twitter MyWatch tular di laman sosial.
Paparan Twitter MyWatch tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) kemalangan melibatkan dua penunggang motosikal di sebuah persimpangan mengundang pelbagai reaksi orang ramai terhadap sikap penunggang motosikal yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Rakaman berdurasi 40 saat dimuat naik di Twitter MyWatch memaklumkan kejadian berlaku pada Khamis lalu kira-kira 1.22 petang, namun tidak menyatakan lokasi.

"Ini baru betul nasihat depan-depan. Moga selepas ini penunggang motosikal tersebut sentiasa beringat dan patuh undang-undang jalan raya," ciap Twitter tersebut.

Menerusi rakaman, seorang penunggang motosikal dari kiri mahu membelok ke arah kanan, namun pada masa sama seorang penunggang motosikal Yamaha 125Z berada jalan yang sama mahu terus hingga mengakibatkan pertembungan antara mereka.

Akibatnya, penunggang Yamaha 125Z itu tercampak, namun bingkas bangun dan berjalan beberapa langkah ke arah motosikalnya manakala seorang penunggang lagi tidak alami kecederaan.

Kemudian, pemandu sebuah kereta yang merakam kejadian itu keluar dari kenderaannya dan sempat memberi kata-kata nasihat kepada penunggang Yamaha 125Z.

Dia turut mempertikaikan kedudukan penunggang itu yang berada di laluan salah selain menasihatkan agar melihat papan tanda arah jalan.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar komen netizen.
Tangkap layar komen netizen.

Gara-gara kecuaian penunggang Yamaha 125Z yang berada di lorong yang salah, pemandu kereta hampir melanggarnya.

Penularan rakaman itu menarik perhatian netizen yang menyifatkan penunggang motosikal perlu mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya selain mengutamakan keselamatan semua pengguna.

"Motosikal Yamaha 125Z tu yang salah. Di situ jalan nak pergi kanan je. Motosikal lagi satu tu betul la tempat dia belah kiri." ciap @Bikers.

Kata @feezihamzah, "Jalan ini memang satu lorong, rasa motosikal Yamaha 125Z dari belah kanan itu yang salah."

Ujar @nick, "Puas hati dengar abang itu nasihatkan 'rider'. Rider di Malaysia ini buat jalan macam mereka punya, lawan arus, langgar lampu isyarat, tak ikut laluan sepatutnya. Bila hon mulalah marah."

Sehingga jam 11 pagi, video tersebut telah ditonton 47,000 tontonan dan lebih 2,400 ulang kongsi dari netizen.