Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana

HULU SELANGOR - Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari sebuah rumah di Bandar Utama Batang Kali di sini, pada 12 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan kehilangan Saraliana Muhamad dibuat oleh ibu remaja itu pada Jumaat.
"Saya mengesahkan laporan polis diterima dan pihak kami melaksanakan siasatan di bawah kes orang hilang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Terdahulu tular di laman sosial, Saraliana dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda pada jam 4 petang.
Pakaian terakhir yang dipakai oleh remaja tersebut ketika keluar rumah adalah baju, tudung dan seluar warna hitam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Anggota polis disyaki terima rasuah RM15,000 lindungi pengedar dadah ditahan
02 November 2026 10:47pmKTMB siasat punca kebakaran lokomotif tren kargo
02 November 2026 10:31pmCemburu punca pergaduhan lima lelaki bersenjatakan parang - Polis
02 November 2026 08:40pmRafizi dipanggil beri keterangan di Bukit Aman esok isu mafia korporat
02 November 2026 08:33pmArahan simpan bekalan makanan, apa sedang berlaku?
02 November 2026 07:00am33 negara gesa rakyat simpan bekalan
02 November 2026 07:10amPengasas BananaBro, Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia
02 November 2026 01:05pmMohd Shuhaily kembali bertugas
02 November 2026 04:09pm- Iklan -- Iklan -
