Tun M nasihat Trump letak jawatan

Dr Mahathir (tengah) pada sidang akhbar di Persidangan Liga Liga Parlimen Untuk Al-Quds (LPAQ) di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Presiden LPAQ Sheikh Hamid Abdullah Al-Ahmar (kiri) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution. - Foto: Bernama
Dr Mahathir (tengah) pada sidang akhbar di Persidangan Liga Liga Parlimen Untuk Al-Quds (LPAQ) di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Presiden LPAQ Sheikh Hamid Abdullah Al-Ahmar (kiri) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution. - Foto: Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meletak jawatan selepas sebahagian besar rencana perdamaian disokong AS ditolak oleh Palestin dan sekutunya.

Dr Mahathir hari ini mengekalkan kritikan Malaysia terhadap sokongan AS terhadap Israel.

"Saya berharap rakyat Amerika akan membuat keputusan yang lebih baik.

"Ini adalah seorang lelaki yang mencemarkan peranannya dan dasarnya, cuba menggunakan tekanan asing untuk memenangi pilihan raya," katanya pada sidang media selepas menyampai ucaptama pada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas sokongan AS terhadap Israel dalam perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap tanah mereka sendiri.

Menurutnya, tindakan berkenaan boleh diterima di AS tetapi tidak boleh diterima di sini.

"Mana-mana orang asing yang cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya di sini, kami akan mengambil tindakan terhadap orang yang didapati melakukan itu," katanya tegas.

Dalam masa yang sama, Dr Mahathir berkata, jika sebelum ini beberapa negara telah melancarkan peperangan melawan Israel namun kalah, kini strategi yang dirancang dengan baik untuk memenangi hati dan minda dunia diperlukan untuk membawa keadilan bagi rakyat Palestin.

"Hanya menentang (Israel) tidak mencukupi untuk menang, kita perlu mempunyai strategi untuk memenangi hati dan minda rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang dilakukan oleh negara kuasa besar sekarang ini adalah menyalahi undang-undang. Ini adalah satu tindakan pembuli, hanya kerana anda mempunyai kekuatan membuli yang tidak berdaya tetapi kita di Malaysia dan di bahagian lain di dunia, kita akan menegakkan peraturan undang-undang," katanya.

Dr Mahathir turut menyamakan pendirian Israel terhadap rakyat Palestin dengan penindasan terhadap Yahudi oleh Adolf Hitler dari Jerman.

“Israel banyak belajar daripada Hitler meskipun terdapat bencana yang dihadapi dalam perang dunia kedua.

"Mereka belajar banyak dari Nazi Jerman. Bukan pengajaran yang betul tetapi pengajaran yang salah," katanya.

Akhir Januari lalu di Washington, Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melancarkan pelan damai Timur Tengah yang dikritik hebat kerana memihak kepada Israel dan seolah-olah memberi harapan satu hari nanti Palestin akan mempunyai negara sendiri yang berdaulat.