16 dicekup leka main judi di kedai kopi

Antara yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah kedai kopi di Jalan Paya Terubong, Georgetown.
Antara yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah kedai kopi di Jalan Paya Terubong, Georgetown.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis menahan 16 warga tempatan termasuk penganjur yang sedang leka berjudi dalam serbuan Op Dadu di sebuah kedai kopi di Jalan Paya Terubong di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, dalam serbuan jam 5.50 petang itu, mereka yang ditahan terdiri daripada lelaki berusia antara antara 20 hingga 55 tahun.

Menurutnya, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hasil risikan dan maklumat awam mengenai aktiviti perjudian 'Russian Poker' di kedai kopi berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Dalam serbuan ini, kita merampas pelbagai cip berwarna yang digantikan dengan wang bernilai RM10, RM20, RM50 dan RM100 setiap satu.

“Selain itu kita turut merampas sebuah meja bulat, 15 kerusi plastik, buah mahjong dan wang tunai RM11,500,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, aktiviti perjudian berkenaan boleh melibatkan pertaruhan wang tunai sehingga ratusan ribu ringgit dan mereka menggunakan cip berwarna bagi menggantikan nilai wang.

Zainol berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut dan turut ditahan pengusaha kedai kopi berkenaan kerana membenarkan aktiviti perjudian dilakukan di premis miliknya.

Kes disiasat mengikut Sesyen 4(1) b Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sesyen 6(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan: