'Liverpool adalah Manchester United yang baharu'

Liverpool perlu bersedia sepenuhnya menerima cabaran luar biasa daripada pasukan yang mengidamkan mahu menewaskan mereka.
Liverpool perlu bersedia sepenuhnya menerima cabaran luar biasa daripada pasukan yang mengidamkan mahu menewaskan mereka.
A
A
A

PENGENDALI West Ham United, David Moyes percaya Liverpool akan menjadi pasukan yang mahu dikalahkan oleh semua pasukan di dunia sama seperti ketika zaman kegemilangan Manchester United pada 2006 hingga 2013.

Menurutnya, semua pasukan terutama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan cuba bermain dengan persembahan luar biasa ketika berdepan The Reds dengan harapan mampu menewaskan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu.

Beliau yang pernah membimbing United pada 2013 dan 2014 pernah merasai tentangan tersebut apabila semua pasukan berlumba-lumba untuk menewaskan The Red Devils pada ketika itu.

"Semua pasukan akan cuba menewaskan Liverpool dan itulah yang berlaku dalam bola sepak. Ia berlaku berulang kali ketika saya mengendalikan Manchester United.

"Setiap pasukan akan hadir ke Old Trafford atau menanti kami di stadium mereka semata-mata mahu menewaskan kami. Ia juga menjadi faktor pasukan lain bertambah baik dari semasa ke semasa," katanya.

Liverpool tampil dominan musim ini dalam saingan EPL apabila belum tewas dalam 25 perlawanan.

The Reds meraih 24 kemenangan dan satu seri memungut 73 mata dan menjadi calon utama menjulang trofi EPL musim ini.

Moyes juga percaya Liverpool sudah menjadi Manchester United yang baharu dan perlu menerima hakikat bahawa mereka akan menjadi pasukan yang paling dibenci di dunia.

Artikel Berkaitan:

"Saya pernah katakan, pasukan mana yang menjadi pasukan terbaik dunia, akan ada orang lain atau pasukan lain yang akan cemburu dan cuba menewaskan mereka.

"Semua pengurus pasukan akan berfikir apakah sistem sesuai untuk menewaskan Liverpool dan pemain yang bagaimana sesuai untuk diturunkan.

"Justeru, Liverpool perlu bersedia dengan apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Dominasi Liverpool hanya akan berterusan jika mereka betul-betul mampu menyesuaikan diri dengan situasi mencabar itu," katanya.