Koronavirus: Golongan berisiko elak kunjungi hospital

Dr Dzulkefly ketika sidang akhbar mengenai perkembangan koronavirus di Putrajaya hari ini.
Dr Dzulkefly ketika sidang akhbar mengenai perkembangan koronavirus di Putrajaya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Golongan berisiko tinggi dinasihatkan mengehadkan lawatan ke hospital bagi mengekang penularan jangkitan koronavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, golongan berkenaan termasuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, warga emas, wanita hamil dan pesakit kronik.

"Jika masih perlu hadir, mereka dinasihatkan meningkatkan penjagaan kesihatan," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan koronavirus di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran wabak koronavirus melibatkan transmisi antara manusia, beliau memberitahu, kajian menunjukkan bahawa jarak selamat adalah satu meter daripada pembawa virus tersebut.

"Dua meter adalah lebih selamat bagi mengelakkan titisan air liur atau bersin terkena kepada individu lain" katanya.

Dr Dzulkefly berkata, orang ramai tidak perlu cemas jika berada dalam satu bilik dengan individu yang didapati mempunyai gejala penyakit itu.

"Mereka perlu meningkatkan perlindungan diri seperti memakai topeng muka, mengamalkan kebersihan dan jarak selamat.

"Hari demi hari kajian saintifik meletakkan kita semakin memahami sifat virus ini," katanya.

Artikel Berkaitan: