Jenazah Adun Semenyih selamat dikebumikan

Reaksi sugul dua anak Allahyarham Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Fitri Al-Amin Bakhtiar, 21, (dua, kiri) bersama abangnya Fakhrol Alma, 24,(kiri) di pusara ayahnya Bakhtiar Mohd Nor di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, hari ini.
Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 4.45 pagi ini akibat serangan jantung. Jenazah disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. Foto Bernama
Reaksi sugul dua anak Allahyarham Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Fitri Al-Amin Bakhtiar, 21, (dua, kiri) bersama abangnya Fakhrol Alma, 24,(kiri) di pusara ayahnya Bakhtiar Mohd Nor di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, hari ini. Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 4.45 pagi ini akibat serangan jantung. Jenazah disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. Foto Bernama
A
A
A

SEMENYIH - Jenazah Adun Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, pada jam 3 petang tadi selepas selesai disolatkan di Masjid Jamek Kampung Pasir, di sini.

Bakhtiar, 57, yang juga wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira 4.45 pagi akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan balu, Basirah Sardiq Muhammad, 49, dan lima orang anak.

[ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/6843]

Kira-kira 200 orang terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat menghadiri pengebumian itu dan memberi penghormatan terakhir.

PadaPRU14 lalu, Bakhtiar memenangi kerusi Dun Semenyih dengan mengalahkan tiga calon lain iaitu Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). -Bernama

Artikel Berkaitan: