Swab alkohol, topeng muka percuma untuk warga Kuantan

Esther (kiri) dan kakitangan Just Pharmacy menunjukkan topeng muka dan swab alkohol yang dibekalkan secara percuma kepada pengguna.
Esther (kiri) dan kakitangan Just Pharmacy menunjukkan topeng muka dan swab alkohol yang dibekalkan secara percuma kepada pengguna.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 60,000 swab alkohol dan 3,000 topeng muka akan diedarkan secara percuma kepada warga Kuantan pada Ahad ini.

Inisiatif tersebut dibuat oleh Just Pharmacy di Jalan Dato' Lim Hoe Lek di sini sebagai tanggungjawab sosial bagi mengelak penularan wabak koronavirus.

Ahli Farmasi, Esther Fong berkata, pihaknya mahu membantu masyarakat demi kesihatan dan keselamatan dengan mengetepikan keuntungan.

"Pada masa ini kami mendapati banyak lokasi kekurangan stok sehingga ada kedai yang mengambil keselamatan.

"Masyarakat dinasihatkan tidak panik. Jika tiada topeng muka dan pembersih tangan, boleh guna swab alkohol atau amalkan langkah pembersihan yang maksima.

"Selain itu boleh juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh dengan mengambil banyak vitamin C," katanya.

Dengan peruntukan 60,000 swab alkohol itu dijangka dapat diberikan kepada 15,000 orang penerima manakala topeng muka terhad kepada 3,000 keping sahaja.

Edaran bermula jam 9.30 pagi sehingga habis atau sehingga jam 10 malam.

Artikel Berkaitan:

Esther berharap, peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka dan sanitizer pada harga yang tidak munasabah sehingga membebankan pengguna.