Pemilik suara Doraemon, Nobuyo Oyama meninggal dunia pada usia 90 tahun

NOBUYO Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular 'Doraemon' meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.
Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.
Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Tiada ibu yang bersedia kehilangan anak, namun saya harus reda ketentuan ALLAH' - Uji Rashid
09 November 2026 02:29pmPelakon Cico Harahap meninggal dunia di hospital
08 November 2026 02:03pmAliff Syukri mohon maaf, akui kekhilafan ketika baca surah al-Fatihah
07 November 2026 09:24pmAtisha Khan umum cerai, ikatan empat tahun terlerai
07 November 2026 06:43pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pmKanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
09 November 2026 05:34pm- Iklan -- Iklan -
