Penunggang motosikal maut dilanggar lari

Motosikal mangsa remuk dipercayai dilanggar sebuah lori dalam kejadian langgar lari semalam. -Foto: PDRM
Motosikal mangsa remuk dipercayai dilanggar sebuah lori dalam kejadian langgar lari semalam. -Foto: PDRM
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera dalam kejadian langgar lari di KM245.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini semalam.

Kemalangan kira-kira jam 8.50 malam itu menyebabkan mangsa, Cheng Seng Kit, 43, yang menunggang motosikal jenis Honda maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, pembonceng, Cheng Poo Sang, 76, pula mengalami luka di bahagian kiri badan akibat terseret.

Menurutnya, maklumat awal diterima kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori yang tidak dikenal pasti.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa itu dalam perjalanan menuju ke Ipoh dan mereka menunggang di lorong kiri.

“Dipercayai motosikal mereka telah dirempuh sebuah kenderaan dipercayai lori dari arah belakang secara tiba-tiba menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lelaki maut selepas motosikal dirempuh sebuah lori manakala pembonceng cedera. -Foto: PDRM
Lelaki maut selepas motosikal dirempuh sebuah lori manakala pembonceng cedera. -Foto: PDRM

Razali berkata, mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

“Warga emas terbabit dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi mendapatkan rawatan.

“Lori dipercayai terlibat dalam kejadian itu tiada di lokasi dan usaha mengesan sedang dijalankan,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.