Tinggal di asrama kotor, jijik

Tempat tinggal pekerja ladang penternakan ayam dan daging yang tidak terurus. Keadaan dapur tempat tinggal pekerja yang kotor dan menjijikan.
Tempat tinggal pekerja ladang penternakan ayam dan daging yang tidak terurus. Keadaan dapur tempat tinggal pekerja yang kotor dan menjijikan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Tidak bertanggungjawab. Itulah gambaran sesuai diberikan kepada pemilik syarikat ladang penternakan ayam dan daging yang sanggup membiarkan sekumpulan pekerjanya tinggal di tempat penginapan kotor dan menjijikkan.

Perkara itu terbongkar melalui operasi bersepadu dilakukan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka di sebuah ladang di Lendu bersama-sama Jabatan Imigresen dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka disertai seramai 35 pegawai dan kakitangan agensi berkenaan.

Pengarah JTK Melaka, Roski Jantan berkata, majikan terbabit diberikan notis setelah didapati gagal mematuhi undang-undang perburuhan seperti tidak mengambil berat aspek kebajikan pekerja selain didakwa gagal menyediakan penginapan kondusif kepada mereka.

"Kita keluarkan notis kepada pemilik syarikat supaya mereka segera mengambil tindakan bagi mengatasi keadaan itu demi keselamatan dan kebajikan pekerja," katanya.

"Sekiranya majikan terbabit masih ingkar, tindakan tegas akan diambil termasuk boleh dikenakan denda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Roski Jantan
Roski Jantan

Sementara itu, pihaknya turut membuka enam kertas siasatan di bawah sub sektor kilang pemprosesan ayam untuk pendakwaan berikutan kesalahan dilakukan mengikut Akta Kerja 1955.

"Enam kesalahan itu termasuk tidak menyediakan daftar butir peribadi pekerja, tidak menyediakan daftar syarat pekerja dan tidak memberikan satu salinan syarat pekerja kepada pekerja.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat juga majikan tidak memiliki permit potongan gaji daripada JTK, tidak memiliki kadar upah biasa bagi tujuan pengiraan dan tidak menyediakan butir mengenai upah dan elaun," katanya.