Tiga rakan didakwa bunuh, bakar seorang lelaki

Ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini.
Ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini.
A
A
A
TELUK INTAN - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan, 15 November lalu.

Bagaimanapun tiada tiada pengakuan direkodkan daripada Wong Mun Fai, Tan Chun How masing-masing berusia 27 tahun dan Ng Yoke Soon, 44, yang sekadar mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa membunuh Heng Wei Yong, 21, di laluan masuk ladang kelapa sawit berhampiran tiang elektrik di Jalan Kampung Banjar antara jam 12.05 dan 12.30 tengah malam, 15 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh, Wong Mun Fai diwakili Peguam Datuk Naran Singh, Tan Chun How diwakili Peguam V Santhiran sementara Ng Yoke Soon tidak diwakili peguam.

Pada 15 November lalu, Sinar Harian Online melaporkan satu mayat ditemui rentung di dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit di Kampung Banjar, Teluk Intan di sini .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, polis tidak menolak kemungkinan mayat berkenaan dibawa dari lokasi lain sebelum dibakar di Jalan Kampung Banjar menghala ke Kampung Selabak, Teluk Intan.

Keesokan hari polis menahan empat suspek termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung
Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat rentung dalam kereta]