Kate Middleton mohon maaf kerana tidak berpakaian cantik

Kate melayan penduduk tempatan di Wales ketika kunjungan diraja baru-baru ini. - Foto Agensi
Kate melayan penduduk tempatan di Wales ketika kunjungan diraja baru-baru ini. - Foto Agensi
A
A
A

WALES - Duchess of Cambridge, Kate Middleton, memohon maaf kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun kerana tidak memakai pakaian yang cantik dan tidak kelihatan seperti seorang puteri sebenar ketika lawatan dirajanya baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Mail, Rhian Costello dan anaknya Annabel, bertemu Kate dan suaminya, Putera William semasa pasangan diraja itu melawat RNLI Mumbles Lifeboat Station di Mumbles berhampiran Swansea, United Kingdom.

Menurut Costello, anaknya teruja ingin bertemu puteri sebenar kerana dia sangat meminati kisah dongeng terutamanya Cinderella.

"Kami bernasib baik kerana kereta dinaiki Kate dan Putera William berhenti betul-betul di hadapan kumpulan kami. Saya sempat ucapkan terima kasih kerana datang melawat kami di Wales," katanya.

Kate bagaimanapun memberitahu, keluarganya akan sentiasa mengunjungi Wales kerana dia tinggal di Anglesey.

Ketika Kate menyapa Annabel dan dimaklumkan tentang keterujaan kanak-kanak itu untuk bertemu puteri sebenar, Kate berkata, "Saya minta maaf kerana tidak memakai pakaian cantik hari ini."

"Saya fikir kamu akan kelihatan seperti Cinderella," balas Annabel. - Agensi

Artikel Berkaitan: