Thailand tolak usul korek Sungai Mekong

Rancangan Beijing untuk mengorek sungai boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan Thailand. - Foto Agensi
Rancangan Beijing untuk mengorek sungai boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan Thailand. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Thailand menolak pelan yang diketuai China untuk membuka laluan utama Sungai Mekong sekali gus mengekalkan kemenangan aktivis dalam mengekalkan ia sebagai laluan air paling penting di Asia Tenggara.

Kabinet Thailand membuat keputusan untuk menghentikan projek Beijing yang mahu meletupkan batuan sepanjang 97 kilometer dan mengepam tebing sungai di utara Thailand untuk membuka laluan bagi kapal kargo besar selepas negara itu gagal membayar sejumlah wang untuk tinjauan lanjut mengenai kawasan yang bakal dikorek.

"Ini adalah keputusan berani yang dibuat oleh negara hiliran. Bahagian kecil Sungai Mekong ini akan menyelamatkan bahagian bawah lembangan daripada kemusnahan meskipun menghadapi tekanan besar serantau," kata jurucakap kumpulan sokongan organisasi International Rivers, Pianporn Deetes.

Aktivis alam sekitar juga mendedahkan aktiviti pengorekan boleh merosakkan sungai manakala kedaulatan dan keselamatan Thailand juga boleh dikompromi. - AFP

Artikel Berkaitan: