Perkeso Pahang bantu dua keluarga mangsa kemalangan

Tarmizi (tiga dari kiri) menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat kepada Nurul Azmira.
Tarmizi (tiga dari kiri) menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat kepada Nurul Azmira.
A
A
A

KUANTAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang hari ini menyerahkan bayaran Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat kepada waris Allahyarham Azlee Mat Daud dan Syamil Nazir@Nasir yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika berkonvoi di Kilometer 201 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Barat di sini baru-baru ini.

Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mokhtar berkata, semakan mendapati Allahyarham Azlee bekerja sebagai pengusaha bengkel di Maran telah meninggalkan dua anak berusia tiga dan enam tahun serta seorang balu, Noor Azlin Hafiza Othman, 35.

"Warisnya iaitu Noor Azlin layak menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 dan bayaran pencen bulanan Faedah Penakat yang akan dibayar kepada Noor Azlin dan anak-anaknya berjumlah RM539.92 sebulan.

"Sementara itu Allahyarham Syamil pula bekerja sebagai mekanik di sebuah syarikat swasta di Maran. Dia meninggalkan lima anak berusia dua hingga 10 tahun dan seorang balu, Nurul Azmira Mohd Rasol, 27.

"Nurul Azmira layak menerima Faedah Pengurusan Mayat RM2,000 dan bayaran pencen bulanan bagi Faedah Penakat akan dibayar kepada Nurul Azmira dan anak-anak arwah berjumlah RM1,748 sebulan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Pada 26 Januari lalu, tiga penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan lima motosikal jenis Yamaha 15ZR atau 'Ysuku' yang sedang berkonvoi pulang dari arah Kuantan ke Maran di Kilometer 201 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Dalam kejadian antara jam 9 dan 9.30 malam itu, mangsa yang maut ialah kontraktor, Azlee Mat Daud, 39; pekerja am, Syamil Nazir, 32, dan pekerja bengkel besi, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Tiga-maut-motosikal-bergesel-sesama-sendiri-di-LPT