PPSMI: Jangan jadikan pendidikan bahan kajian

Shaharizukirnain Abdul Kadir
Shaharizukirnain Abdul Kadir
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan perlu menimbang semula rancangan untuk meneruskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 2.0 bagi mengelak pelajar menjadi mangsa.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, ini kerana PPSMI telah terbukti gagal pada tahun 2012 dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan wajar menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar.

“Saya kira jika PPSMI ini diteruskan, jelas beliau sekali lagi menjadikan masa depan pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai bahan kajian.

“Hal ini kerana, perlaksanaan sebelum ini terbukti gagal berdasarkan pentaksiran antarabangsa 'Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)' dan 'Programme for International Students' Assessment (PISA)' yang menjunam secara konsisten bermula kitaran 2003 (TIMSS) dan 2012 (PISA), iaitu ketika generasi PPSMI yang mendudukinya.

“Selain itu, pelaksanaan ini juga akan memangsakan murid-murid khususnya di luar bandar.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah memahami konsep Sains dan Matematik, malah turut dibebani dengan pembelajaran subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris jika ia diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berpendapat pendirian kerajaan untuk meneruskan PPSMI hanya menambah polemik panjang tidak berkesudahan terhadap sistem pendidikan negara yang ketika ini berdepan konflik Jawi dan UEC yang wajar diselesaikan dengan kadar segera.

“Persoalannya, apakah kita perlu mengulangi semula perbahasan panjang mengenai ketidakperluan menggunakan bahasa asing bagi menguasai Sains dan Matematik semata-mata untuk memastikan para pelajar menguasai bahasa asing berkenaan?

Artikel Berkaitan:

“Sedangkan keperluan mengenainya telah dibincangkan secara mendalam sehingga mendorong kerajaan menarik balik dasar ini beberapa tahun lalu,” katanya.