Polis cari tiga lelaki bantu siasatan kes bunuh

Tiga lelaki dikesan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah kafe di Bandar Kajang.
Tiga lelaki dikesan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah kafe di Bandar Kajang.
A
A
A

KAJANG - Polis mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki dalam insiden pergaduhan di sebuah kafe di bandar Kajang di sini pada 19 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua lelaki itu dikenali sebagai N Anbuchelvam, 29, K Ram Kumar, 28, dan K Ravi Kumar, 28.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Daffny Kasyidy Mohammad Taha di talian 0192600122 bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 3.55 pagi itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa anak saudaranya ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta dengan kesan kecederaan.

Mangsa dihantar Hospital Kajang dan dilaporkan meninggal dunia setelah menerima rawatan selama 10 hari di hospital berkenaan.

Siasatan awal, polis percaya bahawa suspek telah menyerang mangsa dengan menggunakan senjata tajam.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: