13 kertas siasatan dibuka berhubung fitnah penularan koronavirus

Mazlan Mansor
Mazlan Mansor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 13 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai penularan koronavirus menerusi laman media sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, tiga daripadanya telah mendapat kelulusan untuk dituduh di mahkamah.

Menurutnya, pertuduhan terhadap satu kes dibuat di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini manakala dua lagi masing-masing di Kuala Terengganu, Terengganu dan Sandakan, Sabah akan dituduh nanti.

"Baki kertas siasatan kami sedang menunggu Jabatan Peguam Negara dan saya tidak boleh beritahu tempoh masa lagi," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 16 Sempena Tahun Baru Cina 2020 di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau sekali lagi memberi amaran keras kepada mereka yang didapati menularkan berita palsu.

"Saban hari kita beri amaran jangan membuat fitnah dan melakukan perkara yang menggugat ketenteraman awam.

"Sekarang ini, jika ada laporan, polis akan menjalankan siasatan untuk membawa individu berkenaan ke muka pengadilan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: