Cicak di litar sebabkan latihan akhir GP Singapura ditangguhkan

LATIHAN akhir bagi Grand Prix Formula Satu Singapura ditangguhkan selama beberapa minit pada Sabtu akibat seekor cicak di litar jalanan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pemandu-pemandu duduk sambil ketawa di dalam kereta masing-masing di garaj ketika pegawai-pegawai bertugas menguruskan reptilia yang melintasi litar itu.
Sesi latihan di Singapura itu dimulakan semula selepas penangguhan. Sesi kelayakan untuk perlumbaan pada Ahad akan berlangsung lewat Sabtu ini.
Pencabar kejuaraan, Lando Norris, yang berusaha menewaskan juara dunia dan pendahulu kedudukan Max Verstappen, mencatat masa terpantas dalam latihan kedua pada Jumaat, selepas Charles Leclerc mengungguli sesi pertama. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Roti berkulat, hantar pesanan 20 kali sehari bongkar sindiket dadah
10 November 2026 09:22amLelaki bunuh anak sepupu usia 4 tahun, keluarkan organ
10 November 2026 08:15amNenek bakar cucu 'hidup-hidup' kerana enggan serah telefon bimbit
10 November 2026 07:30amAsap bunga api selubungi New Delhi, kualiti udara terjejas teruk
10 November 2026 07:15amTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pm8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pm- Iklan -- Iklan -
