Remaja maut kemalangan motosikal

Keadaan motosikal milik mangsa yang berlanggar dengan sebuah
kereta jenis Proton Persona di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Gual Mesa, Rantau Panjang.(Gambar kecil:Mohammad Fadzli)
Keadaan motosikal milik mangsa yang berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Persona di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Gual Mesa, Rantau Panjang.(Gambar kecil:Mohammad Fadzli)
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Gual Mesa, Rantau Panjang di sini malam tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam itu, mengakibatkan penunggang, Mohammad Fadzli Mohammad Bastaman, 17, maut di tempat kejadian sementara pembonceng Mohamad Adam Ikhwan Ismail, 17, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pasir Mas.

Difahamkan ketika kejadian mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari dari arah Pasir Mas menghala ke Rantau Panjang untuk pulang ke rumah mereka.

Mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian.
Mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian.

Setiba di lokasi kejadian, kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas dipercayai masuk ke laluan motosikal berkenaan menyebabkan berlaku perlanggaran.

Akibatnya, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.