NAFAS lancar Peladang 25, baja mesra alam

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar (tiga dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS Bajakimia Sdn Bhd, Zalifudin Md Arshad (kiri) ketika melancarkan Peladang 25 di MAEPS, di sini pada Khamis.
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar (tiga dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS Bajakimia Sdn Bhd, Zalifudin Md Arshad (kiri) ketika melancarkan Peladang 25 di MAEPS, di sini pada Khamis.
A
A
A

SERDANG- Penghasilan baja cecair pelepasan terkawal yang baharu oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Peladang 25 dilihat akan menjadi persaingan dalam pasaran industri baja.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, Peladang 25 itu direka hasil ciptaan inovasi syarikat subsidiari NAFAS iaitu NAFAS Bajakimia Sdn Bhd.

“Ini merupakan satu kejayaan yang diraih NAFAS dan bersaing dalam industri tempatan serta dunia,” katanya ketika sidang akhbar selepas pelancaran Peladang 25 di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Mohd Rosli Harun dan Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin.

Peladang 25 yang berfokuskan kepada penyediaan solusi pertanian moden di datangkan dalam kemasan botol tiga liter dijual pada harga RM50.

Ia dirumus khas dengan pelepasan terkawal dimana kandungan nitrogen yang dilepaskan secara perlahan-lahan bagi memastikan tanaman mendapat nutrien berterusan dan berkesan sepanjang tempoh pertumbuhannya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS Bajakimia Sdn Bhd, Zalifudin Md Arshad berkata, pelancaran Peladang 25 mencerminkan komitmen mereka untuk menyokong dasar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam mempromosikan pertanian yang mampan dan berdaya saing.

Artikel Berkaitan:

Peladang 25 yang berfokuskan kepada penyediaan solusi pertanian moden.
Peladang 25 yang berfokuskan kepada penyediaan solusi pertanian moden.



“Baja cecair ini juga dapat membantu mengurangkan pembaziran nutrien dan ia mesra alam sekitar,” ujarnya.

Jelas beliau, kelebihan utama Peladang 25 ialah tempoh pelepasan dua hingga beberapa minggu, kandungan yang diperkaya dengan Boron, Silicon, Copper dan kecekapan nutrien yang digunakan (NUE) larut dalam air.

“Manfaat produk ini dapat meningkatkan pembungaan, pembentukan biji dan buah, memudahkan penyerapan nitrogen dalam tanaman seperti kelapa sawit, padi, kenaf, nanas, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Keserasiannya adalah mudah larut dan boleh digunakan bersama racun serangga atau kulat,” katanya.

No Image Caption



Tambah beliau, produk berkenaan tidak hanya memperkenalkan teknologi moden dalam pertanian tetapi menunjukkan dedikasi terhadap kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti pertanian.

“Dengan adanya produk Peladang 25, kami berharap dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat pertanian yang lebih berkesan dan bertanggungjawab,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa, Zalifudin berkata, buat masa ini pihaknya memfokuskan untuk mempeluaskan pasaran tempatan.

“Peladang 25 boleh didapati di ibu pejabat NAFAS dan ejen kami di seluruh negara,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!