HRPZ II cari waris Lam Kim Hock
KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sedang mengesan waris seorang pesakit lelaki warga emas yang kini sedang dirawat di hospital itu sejak Sabtu lepas.
Pesakit berusia lingkungan 70-an yang dikenali sebagai Lam Kim Hock ditemui oleh orang awam di sebuah pusat beli-belah di bandar ini.
Unit Komunikasi, HRPZ II melalui kenyataan pada Selasa memaklumkan, hospital itu bersama Jabatan Pendaftaran Negara (Kelantan) sudah mengesan waris melalui sistem mereka namun tidak menemui sebarang rekod berkaitan lelaki itu.
"Jika ada individu yang mengenali warga emas ini atau warisnya boleh menghubungi HRPZ II," kata kenyataan itu pada Rabu.
Kenyataan itu turut menyebut orang ramai yang mengenali pesakit terbabit boleh tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Wad 28 HRPZ II atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat HRPZ II di talian 09-7452000.